------------BAB 60------------
Fikri berlari mendapatkan ibunya di
dapur. Sepucuk sampul surat coklat dipegang kemas.
“Mama... mama...!” Panggil Fikri
teruja. Fazira yang sibuk di sinki sudah terkejut dengan laungan anaknya.
“Fikri.., kan mama pesan jangan
lari.” Marah Fazira dengan nada yang lembut. Fikri tersengih comel seraya
menghulurkan sampul bersaiz A4 kepada ibunya.
“Surat siapa ni?”
“Entah. Tapi, dekat situ tulis nama
mama.”
Surat bertukar tangan.
“Mana Fikri tahu itu nama mama?”
Fazira sengaja menduga anaknya.
“Fikri tahu eja nama mamalah.”
Fikri angkat bakul sendiri. Fazira tersenyum lucu. Selepas menyerah surat tadi,
Fikri kembali bermain di laman. Fazira pula kembali menyiapkan makan tengahari
mereka. Sampul tadi dibiarkan saja di atas meja.
Fazira menanggalkan telekungnya
lalu duduk di birai katil. Ketika dia bangun semula, matanya sudah menangkap
sampul tadi. Berkira-kira untuk membuka sebenarnya. Entah kenapa hatinya terasa
begitu berat untuk melihat isi kandungan surat tersebut. Bila memikirkan
kemungkinan surat itu penting, tangannya segera mencapai.
“Pelik?” Itulah yang terkeluar dari
mulut Fazira sebaik saja melihat kandungan sampul tersebut. Bukan terisi dengan
surat tetapi beberapa keping kertas berupa gambar. Tangan diseluk lalu
dikeluarkan kepingan gambar tadi.
Serentak juga, mata bulat Fazira
meluas. Mulutnya dipekup. Dia terkejut. Terlalu terkejut hingga seluruh
tubuhnya terkaku untuk beberapa minit kemudian dia jatuh terduduk di birai
katil. Tangannya sudah menggeletar. Air hangat pula sudah berkumpul di empangan
matanya, mengalir laju tanpa dipinta. Dia jadi bingung seketika. Bingung dengan
apa dilihat oleh matanya.
Fazira mula tak keruan. Dia bangun
dan berjalan berulang-alik di tepi katil sambil menggigit jari. Sesekali,
rambutnya dikuak ke belakang. Sakit, kepalanya sakit. Hatinya pula pedih. Pedih
lagi derita selepas matanya melihat imej-imej yang terpapar pada kepingan
gambar-gambar tadi. Perasaannya semakin berkecamuk.
‘Apa maksud semua ni?! Kenapa Abang
tak pernah beritahu Zira? Kenapa Abang sembunyikan semua ni dari Zira?! Kenapa?!!’
Terjaga dari persoalan hatinya,
Fazira segera beristighfar panjang dan lama. Dia tahu, jerat dan bisikan
syaitan mudah menyucuk masuk ke dalam hati yang sedang yang lemah dan keliru.
Dia meraup wajahnya dan beristighfar lagi beberapa kali dan kembali duduk. Dia
mematung seketika. Air mata masih bersisa di tubir mata. Telefonnya sudah
berada dalam tangan. Perlukan dia menghubungi Fazri dan tanya tentang perkara
itu?
“Tak... Zira percayakan Abang. Tak
mungkin Abang akan buat macam ni. Abang dah janji takkan sakiti hati Zira
lagi.” Fazira meyakinkan hati sendiri walaupun perasaan ragu-ragu makin
menggunung.
Gambar-gambar tadi dikumpul dan
dimasukkan semula ke dalam sampul. Dia agak terkejut kerana tertulis sesuatu
dibelakang salah satu dari kepingan gambar itu. Gambar itu diambil dan disimpan
dalam beg tangannya. Dia bergerak ke almari. Sampul tadi disimpan rapi di
celah-celah baju yang berlipat. Sebelum menutup kembali pintu almari, matanya
menangkap tiga buah album. Album yang menyimpan seribu satu kenangan ketika
hari persandingan, hari kenduri, percutian bersama keluarga dan juga bulan madu
mereka.
Hampir pukul sepuluh malam barulah
Fazri sampai di rumah. Kertas-kertas kerja di pejabat disiapkan tanpa
bertangguh kerana apabila sampai di rumah saja, dia ingin terus berehat tanpa
perlu memikirkan kerja yang sudah sedia menunggu pada hari esok. Sebelum pulang
juga, dia sempat singgah di rumah Erin. Sekadar menjenguk keadaan Erin yang
kini makin sarat kerana membawa kembar.
Dia menapak laju menaiki anak-anak tangga
menuju ke biliknya. Sebaik saja menguak pintu biliknya, dia tersenyum lebar.
Fazira yang sudah lengkap bergaun tidur, duduk bersantai di atas katil dan
nampak begitu asyik membelek sesuatu. Langsung tidak menyedari kepulangannya.
“Assalamua’laikum..” Sapa Fazri
lembut. Fazira agak tersentak segera menoleh.
“Waa’laikum salam. Abang dah
balik?” Fazira nampak teruja, mengesot laju turun dari katil dan mendekati
Fazri. Terpinga-pinga Fazri apabila isterinya terus memeluknya dan bukan
mencium tangan seperti biasa.
“Zira tak tahu Abang balik lambat
hari ni. Maaf sebab tak tolong bukakan pintu untuk Abang.” Ucap Fazira masih
erat memeluk tubuh sasa Fazri.
“Tak apa sayang. Salah Abang juga
tak beritahu yang Abang balik lambat malam ni. Banyak sangat kerja tadi.” Balas
Fazri seraya membalas erat pelukan isterinya. Mereka berpelukan. Lama.
“Zira rindukan Abang. Rindu
sangat-sangat...” Fazira bersuara sayu sambil mengeratkan lagi pelukannya.
Fazri sedikit terkedu. Bukan dengan bicara Fazira tetapi nada yang terkeluar
tadi. Malah, gaya Fazira memeluknya juga agak berlainan dari sebelum ini.
Seolah-olah mereka sudah lama tidak berjumpa.
“Abang pun rindukan sayang.” Fazri
mengucup ubun-ubun Fazira beberapa kali. “Sekarang ni.., Abang dah ada depan
mata, takkanlah rindu lagi.”
Fazira melepaskan pelukannya dan
bertentang mata dengan Fazri. Sekali lagi, Fazri terkedu. Ada sesuatu yang
tersirat di balik sinaran mata perang itu. Tanpa sedar, jemari halus Fazira
sudah melata dan mengusap lembut wajah tampannya.
“Zira tak tahu kenapa, sejak siang
tadi hati Zira asyik teringatkan Abang saja. Mata Zira pula asyik terbayangkan
wajah Abang. Macam dah lama tak jumpa atau mungkin petanda... yang kita akan
berpisah tak lama lagi.”
Tersentap Fazri mendengar bait-bait
kata yang terkeluar dari bibir tebal itu. Pantas saja, dia mengulum rakus bibir
tebal itu. Agak lama hingga isterinya tercungap.
“Jangan sesekali ungkap perkataan
tu. Abang tak suka.” Fazri menegas. Fazira tertunduk malu. Dagu isterinya
diangkat lembut. “Abang takkan tinggalkan Zira, takkan sesekali, faham? Abang
janji.”
Fazira tersenyum segan. Fazri
ditarik ke katil mereka lalu duduk di birai katil.
“Zira tengok apa?” Tanya Fazri
lembut. Tangannya lincah menguraikan tali leher dan membuka setiap butang
kemeja. Dia duduk di birai katil. Matanya pula sudah melekat pada album-album
di atas katil.
“Album gambar masa kita kahwin.”
Jelas Fazira yang masih berdiri di hadapan Fazri. Tangannya tidak terlepas dari
genggaman tangan Fazri.
“Sayang tahu tak, lagi seminggu...
genaplah setahun usia perkahwinan kita.” Kata-kata Fazri buat Fazira terpaku
seketika. Matanya terkebil-kebil.
“Tak sangka kan.., pejam celik
pejam celik dah masuk setahun. Rasa macam singkat sangat. Terlalu singkat...”
Fazira membalas tenang. Kemudian, dia termangu seketika. Fazri sedar akan
perubahan pada raut isterinya. Dia menarik Fazira rapat hingga terduduk
isterinya di atas riba. Tangannya kemas melingkar di pinggang Fazira.
“Apa rancangan, sayang? Abang
rancang nak bercuti dengan sayang. Kali ni kita pergi luar negara pulak.” Fazri
mengucup manja bahu isterinya.
“Berapa lama?”
“Seminggu dua.” Fazri bersuara
ceria melihat tindak balas Fazira. Fazira diam, seperti sedang berfikir.
“Macam mana dengan Erin?”
Hilang terus air muka teruja di
raut Fazri. Nama yang disebut Fazira sebentar tadi seolah-olah merentap tangkai
jantungnya. Fazri tertunduk manakala pelukan tadi terlerai. Fazira mula
gementar dan takut. Namun, perasaan itu perlu ditahan. Kalau boleh, dia mahu
semuanya terbongkar malam ini juga.
“Abang marah Zira sebut tentang
Erin?” Fazira menarik wajah Fazri supaya mengadapnya. Wajah panjang Fazri jelas
nampak hambar. “Abang marah ke?” Fazira masih memujuk manja. Fazri menggeleng
lemah.
“Abang tak marah cuma...”
“Abang takut Zira kecil hati..?”
Fazira mula berteka-teki. Fazri tertunduk manakala Fazira pula tersenyum nipis
kemudian menarik nafas yang dalam. “Zira tak perlukan hadiah ulang tahun,
barangan mewah dan semua tu. Yang Zira inginkan dari Abang ialah kasih sayang
Abang.., keikhlasan cinta Abang... dan...” Fazira mula tersenyum nakal.
Dia mengubah posisi badannya, dari
duduk ke sisi terus bertentangan dengan Fazri. Fazri pula nampak tergaman
dengan aksi nakal lagi ghairah isterinya. Berderau darahnya tatkala lengan
Fazira mula melilit lehernya malah dadanya juga sudah terhimpit rapat dengan
tubuh langsing isterinya. Wajah mereka rapat hingga Fazri dapat merasa desahan
nafas Fazira. Mata perang bertemu mata coklat. Kini, dia pula terasa gemuruh
semacam. Naluri lelakinya sudah lama bergetar laju.
“...dan yang paling penting.., Zira
mahukan kejujuran dari Abang. Zira tak mahu ada sebarang rahsia antara kita.
Zira sanggup berkongsi rahsia Zira dengan Abang kalau itu galang gantinya.”
Fazira berucap lancar tanpa tersekat. Dia sudah berterus-terang walaupun masih
terselindung.
Fazri sudah menelan liur. Pahit dan
payau. Anak matanya terketar-ketar di saat berbalas pandang dengan renungan
tajam Fazira. Dalam diam, dia mula tak keruan. Otaknya keliru dan rasa takut
mula beraja.
‘Zira dah tahu? Tak mungkin.
Tapi..., tak mustahil. YA ALLAH.., takkanlah Zira dah tahu pasal Erin!’ Hati
Fazri menjerit takut. Mulutnya pula seperti dijahit rapi. Jantungnya berdegup
kencang.
“Zira sanggup, Bang. Sebab... Zira
cintakan Abang...” Fazira bergerak perlahan menghampiri bibir nipis Fazri namun
belum sempat bibirnya menyentuh bibir Fazri, lelaki itu mengelak.
Terkesima Fazira dengan tindakan
Fazri namun tidak diukir perasaan itu pada wajahnya. Tidak pernah Fazri
bersikap begini dengannya sebelum ini. Dia tersenyum nipis. Entah kenapa, dia
malu sendiri. Dia bangun dan mengemas semula album-album gambar tadi dan
disimpan semula di dalam almari.
Fazri pula masih terdiam dan
memerhati kelakuan Fazira. Dia mengeluh dalam diam. Pasti isterinya terasa hati
dengan tindakannya sebentar tadi.
“Abang mesti penat. Pergilah mandi
lepas tu tidur, ya.” Fazira berucap ringkas kemudian bergerak ke pintu bilik.
“Sayang nak ke mana?” tanya Fazri
laju. Dia sudah bangun mendekati Fazira yang terkaku di depan pintu.
“Zira tak ke mana cuma nak pergi
tengok Fikri. Sejak Abang belikan dia permainan video tu, dia selalu tidur
lewat. Abang pergilah bersihkan badan, nanti Zira datang balik, ya.” Fazira
mengucup pipi kanan Fazri, lembut dan lama. Sempat dielus lembut pipi itu
sebelum dia beredar pergi.
Fazri terkedu dengan kelakuan
isterinya. Hatinya kembali resah. Persoalan yang sama kembali bertandang di
benaknya. Adakah isterinya sudah mengetahui tentang hal Erin?
Selesai mandi dan solat, Fazri
berbaring di atas katil. Matanya masih terbuka dalam erti kata lain, dia sedang
menunggu isterinya. Sudah setengah jam berlalu namun kelibat Fazira masih belum
muncul. Malas menunggu lama, dia bangun dan berjalan ke bilik tidur Fikri.
Tombol pintu dipulas kemudian
dikuak perlahan. Suasana bilik bercahaya samar-samar dari lampu di sisi katil.
Fazri mengeluh kecil sebaik saja melihat Fazira tertidur di sebelah Fikri. Pada
mulanya dia ingin biarkan saja Fazira tidur dengan Fikri tetapi mengenangkan
perbuatannya sebentar tadi, dia terus mencempung tubuh langsing isterinya lalu
dibawa ke kamar mereka.
Tubuh Fazira diletakkan
perlahan-lahan. Seperti biasa, lengan Fazri dijadikan bantal Fazira. Di saat
itu juga, Fazira bergerak dan memeluk kemas pinggangnya. Fazri tersenyum
senang. Ketika dia ingin menutup lampu, dia perasan sesuatu. Mata isterinya
basah. Malah, bulu mata tebal itu juga nampak lencun.
‘Zira menangis?’ Hati Fazri berbisik.
Di saat itu juga, hati Fazri sedikit terkilan. Terkilan dengan sikap dinginnya
terhadap layanan Fazira. Rasa bersalah mula membuak-buak. Bersalah kerana
melukakan hati isteri kesayangannya. Dahi Fazira dikucup beberapa kali. Tubuh
langsing itu juga dipeluk seerat mungkin, seperti tidak mahu dilepas lagi.
Diharap pelukannya dapat dirasa hingga ke alam mimpi.
kenapa jdi mcm ni writer? ksian fazira, entah2 lps ni diceraikan plak.. tmbah2 erin mngandung.. dah la pregnent jhat plak tu.. uat2 ajk pi klinik la.. uat2 sdih, dah la fazira xleh pregnent ksian dkt dia.. tlnglah writer brpihaklah kpada fazira..
ReplyDeletebaca smpai abis. tu sja yg penting.
Deleteadoi..bila nak habes? pjg lg ker citer ni?u kata yg ptg bc smpi abes kan?
Deleteerin tu susah nak caya dah baik..she's planning on something...sian fazira..tinggal jer la fazri tu..sbb anak xkan dah syg erin tu..kata xkisah xde anak ngan zira
da sah c erin 2...mmng da niat bucuk kan..huhu
Deletekasian fazira...ttp bsabar..
Hai RK,
ReplyDeletePart akhir tu sadey lar, hopefully Fazri xkan tggalkan Fazira w/pun dia sudah ada baby dgn Erin. Tp cian plak kat Fazira, mseti dia sadey sbb x dpt bagi zuriat kat Fazri. Bila bole up n3 baru? x sbr nak tahu cite selanjutnya.
kesian fazira...dya sorng yg tabah,
ReplyDeletejln crita nie bnyak mmberi makna erti kesbran & kjjran trhdp insan yg kita sayang...
tertnya2 gak pa jln critanya skng ^_^
tpi...ttp sabar mennti...I am still waiting 4 next story..huhu